Design By : Nik Apih
I'm using photoscape fakezine2..(^.~)
Duhai hati yang tenteram, janganlah kau mudah tertipu dengan bisikan dan pujukan iblis laknatullah. Pertahankanlah kesucian dan kebersihanmu dengan benteng keimanan yang kukuh dan kalimah-kalimah Allah yang mempunyai hikmah serta mukjizat yang maha tinggi. Kau tidak harus membenarkan perasaan benci dan dendam bergantungan di dada. Kau juga perlu mengusir perasaan riak dan takbur yang ingin tumbuh di ruang perasaan. Pelihara dan jagalah ia (hati) dari semasa ke semasa agar kehidupan tidak digelisahi dugaan dan cabaran duniawi.
Duhai mata yang bercahaya, janganlah kau memandang benda-benda maksiat yang terdedah. Janganlah kau mengintai dan mengintip untuk mengetahui keburukan jiran-jiranmu. Perbuatan itu akan mendatangkan keburukan kepadamu kelak.Sebenarnya kau dicipta bukan untuk memandang benda-benda maksiat atau mengetahui perkara-perkara di sebalik dinding kehidupan orang lain. Sebagai mata, kau sepatunya memandang dan menyorot rahsia kejadian alam yang luas dan indah ini untuk mengetahui dan mengakui kebesaran dan keagungan Ilahi yang mencipta alam dan segala makhluknya termasuk tumbuh-tumbuhan yang penuh dengan keajaiban.
“Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kebaikan itu kebaikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu, ..
Ya Allah, sekiranya rezekiku masih dilangit maka turunkanlah, sekiranya ia masih berada didalam bumi maka keluarkanlah, sekiranya susah, permudahkanlah, sekiranya haram sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang kau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..”
Nickname: The Red Devils
Mascot: Fred the red
League: Premier League
GOALKEEPERS / Penjaga Gawang
DEFENDERS / Pemain Belakang / Pemain Bertahan
MIDFIELDERS / Gelandang / Pemain Tengah
FORWARDS / Striker / Penyerang / Pemain Depan
|
![]() |
goal keeper home jersy |
![]() |
Home Jersy |
![]() |
Away Jersy |