Tuesday, 20 November 2012

My Magazine Design


Design By : Nik Apih

I'm using photoscape fakezine2..(^.~)

Friday, 9 November 2012

Not Easy To Be A Director

19-20/10/2012 - Be a director for Carnival Sukuum program Futsal Championship 2012.
2 long day for me when a director for one of the annual university program. Within 2 days of the tournament, I was tired sangat. Sleep just 2 hours, eat, shower did not have to tell me is certainly not enough. program during the day, before the program was indeed'm dizzy already and to do preparation table, preparation arena, vip invitations and many more. But fortunately I have friends who are willing to help me in the program. I'm a little less tired. however, I'm grateful because the tournament run smoothly without any problems. minor problems the usual inevitable. This post should anyone say that this director does not work I was tired hormatlah on him. for me, only the name of the director, but to lead that makes a director becomes tired. however, the experience of being a director is indeed very useful for me after I've exhausted learn later. after this I will not succumb to a director as possible when it is common it is not exhaust me. below I want to share a little bit picture which I run the program.






Sunday, 4 November 2012

Pesanan Kepada Anggota Tubuh ( hati,kaki,tangan,telinga,mulut dan mata)

HATI


Duhai hati yang tenteram, janganlah kau mudah tertipu dengan bisikan dan pujukan iblis laknatullah. Pertahankanlah kesucian dan kebersihanmu dengan benteng keimanan yang kukuh dan kalimah-kalimah Allah yang mempunyai hikmah serta mukjizat yang maha tinggi. Kau tidak harus membenarkan perasaan benci dan dendam bergantungan di dada. Kau juga perlu mengusir perasaan riak dan takbur yang ingin tumbuh di ruang perasaan. Pelihara dan jagalah ia (hati) dari semasa ke semasa agar kehidupan tidak digelisahi dugaan dan cabaran duniawi.


KAKI


Duhai kaki yang lincah, janganlah kau melangkah ke tempat-tempat atau ke majlis-majlis maksiat dan penuh hiburan yang mengasyikkan. Janganlah kau merayau-rayau di lorong-lorong gelap atau di kawasan-kawasan hitam, tempat syaitan dan iblis melepak dan menggoda. Apa yang baik bagimu ialah melangkah gagah di bumi Tuhan untuk mencari rezeki yang halal, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadat di masjid dan surau, membantu fakir miskin, membangunkan masyarakat dan negara serta berjihad di jalan Allah.
TANGAN

Duhai tangan yang bestari, janganlah kau menyentuh atau mengambil barang-barang yang haram bagimu. Janganlah kau kotorkan jari jemarimu dengan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Janganlah kau menjamah atau meraba orang lain yang sentiasa memelihara kehormatan dirinya. Sebagai anggota tubuh yang penting, kau harus menulis, mencipta, mengukir, memahat, menggubah dan menyusun  benda-benda yang boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

TELINGA
Duhai telinga yang peka, janganlah kau mendengar suara-suara atau bunyi-bunyian yang boleh melalaikan hati daripada mengingati Tuhan Maha Pencipta. Sebaliknya dengarlah kisah-kisah yang boleh memberi iktibar dan pengajaran. Dengarlah kuliah-kuliah agama yang boleh memantapkan keimanan dan ketakwaan terhadap Tuhan yang Maha Agung. Di samping itu, kau dengarlah lagu alam, gurindam kemanusiaan dan puisi ketuhanan yang boleh menggerakkan keinsafan dan kesedaran, yang boleh menyatukan kau dengan pengertian dan hakikat kehidupan.

MULUT

Duhai mulut yang lembut, janganlah kau mengeluarkan suara atau kata-kata yang busuk dan karut marut. Janganlah kau mengeji dan mengumpat, menjual cerita dan menyebarkan fitnah yang membabitkan orang-orang tertentu. Di samping itu, janganlah kau telan makanan dan minuman yang haram. Takutlah olehmu akan pembalasan Tuhan. Alangkah baiknya kalau kau sentiasa mengucapkan zikir, membaca al-Quran dan hadis serta memberi nasihat dan petunjuk yang baik kepada orang-orang yang memerlukan bimbingan.
MATA


Duhai mata yang bercahaya, janganlah kau memandang benda-benda maksiat yang terdedah. Janganlah kau mengintai dan mengintip untuk mengetahui keburukan jiran-jiranmu. Perbuatan itu akan mendatangkan keburukan kepadamu kelak.

Sebenarnya kau dicipta bukan untuk memandang benda-benda maksiat atau mengetahui perkara-perkara di sebalik dinding kehidupan orang lain. Sebagai mata, kau sepatunya memandang dan menyorot rahsia kejadian alam yang luas dan indah ini untuk mengetahui dan mengakui kebesaran dan keagungan Ilahi yang mencipta alam dan segala makhluknya termasuk tumbuh-tumbuhan yang penuh dengan keajaiban.

Saturday, 3 November 2012

Doa Belajar


Masa sekolah-sekolah dulu bila mula sahaja pembelajaran pelajar-pelajar akan membaca doa belajar dan ia menjadi amalan yang dilakukan setiap hari di sekolah.

Bila dah bekerja korang masih amalkan tidak membaca doa ni? Kalau tidak lepas ni korang amalkanlah membaca doa ni setiap kali korang memulakan kerja. Kenapa? Sebab setiap hari manusia akan sentiasa belajar benda yang baru walaupun tengah bekerja. Tak ada manusia yang perfect dan tahu semua benda. Apa yang paling penting semoga kerja yang kita lakukan bermanfaat bukan sahaja kepada diri kita malahan untuk orang lain juga.

Korang pun masih hafalkan doa dibawah ini? Kalau lupa korang hafallah semula. Tak rugi pun kita baca doa ni hari-hari sebab kita dapat pahala. Belajar-belajar juga, kerja-kerja juga tapi kita pun kena kumpul bekalan untuk akhirat sana. Ya tidak ? 








DOA PAGI DAN PETANG!!!


Assalamualaikum

” Ya Allah, dengan Engkau kami melalui pagi dan dengan Engkau kami melalui petang,dan dengan Engkau kami hidup dan dengan Engkau kami mati,dan kepada Engkau kami kembali. “

Doa Dipermudahkan Rezeki




Rezeki manusia adalah rahsia Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha mencari rezeki melalui pintu dan kunci yang tepat. Antara kunci rezeki itu adalah solat dhuha dan pintunya adalah usaha yang bersungguh sungguh….antara doanya:-

“Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kebaikan itu kebaikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu, .. 
Ya Allah, sekiranya rezekiku masih dilangit maka turunkanlah, sekiranya ia masih berada didalam bumi maka keluarkanlah, sekiranya susah, permudahkanlah, sekiranya haram sucikanlah dan sekiranya jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang kau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh..”

Friday, 2 November 2012

DOA-DOA HARIAN


Doa Dipermudahkan Urusan


اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ

تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkaumenghendakinya”